Sunday, April 19, 2009

Perdana Menteri ke-6

Salam Sejahtera kepada pembaca2 blog nih.Kali ni adib nak citer pasalPM ke-6.Nama PM ke-6 kita ialah Datuk Seri Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak.Dah jadi takdir tuhan anak PM ke-2 jadi PM ke-6.Sebenarnya Datuk Seri Najib ni slalu naik pangkat.Yang adib tau dia pernah menjadi Menteri Pendidikan,Pertahanan dan Kewangan.Adib ade dengar dia pernah jadi timbalan Perdana menteri.Ini sajelah ape adib nak tulis.Biar pendak asal tulis.BB......

Monday, April 13, 2009

Daya

Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini.Kali adib nak citer pasal daya .Daya ada banyak seperti tarikan,tolakan dan sebagainya.Yang adib tau cuma tarikan,tolakan dan geseran sahaja.zzzzz....... .Tarikan adalah daya yang dapat mendekatkan kita dengan sesuatu objek.Tolakan pula adalah daya yang menjauhkan sesuatu.Jika diikutkan tolakan lebih mudah daripada tarikan.Geseran adalah daya yang boleh memberi kesan kepada objek yang bergerak.Geseran berlaku apabila satu permukan bersentuhan dengan permukaan yang lain.Geseran mempunyai kebaikan contohnya:
1.Dapat memegang sesuatu objek tanpa terlepas.
2.Dapat berjalan tanpa terjatuh.
3.Dapat menajamkan sesuatu yang tumpul seperti pisau.
4.Memperlahankan sesuatu yang bergerak dan sebagainya.

Geseran juga mempunyai keburukan contohnya:
1.Membuat bunyi yang bising.
2.Menghauskan tayar/kasut boleh mengundang bahaya.
3.Menipiskan sesuatu permukaan dan sebagainya.

Daya yang lain juga ada kebaikan dan keburukannya.Ek, lupa pulak tulis kesan daya.Kesan daya ada banyak contohnya:
1.Menggerakkan objek legap.
2.Menghentikan objek yang bergerak.
3.Mengubah bentuk objek dan sebagainya.

Itu jerlah apa adib nak tulis harap mohon maaf kalau ada salah sila.Sekian.

Saturday, April 11, 2009

Emosi

Selamat sejahtera kepada semua yang membaca.Hari ni Adib nak citer pasal emosi.Emosi ialah salah satu daripada JERI(Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek) yang headmistress bagitau Adib. Emosi ade banyak jenis seperti sayang,marah,sedih,berani,takut dan yang paling adib suka kebudak-budakan seperti suka meminta-minta.Emosi adalah perasaan yang ada pada manusia dan haiwan(haiwan pun boleh beremosi gak tau).Jadi itu sajelah yang adib nak terangkan. Sekian.....................

Friday, April 3, 2009

Keperluan Manusia

Semua orang tahu apa keperluan seseorang manusia.Yang paling utama ialah bernafas.Kita akan mati dalam beberapa minit sahaja.Itulah sebabnya seseorang yang koma bernafas untuk sembuh.Yang kedua ialah minum.(Peringatan:minum lebih penting daripada makan)Kita hanya boleh bertahan daripada minum selama sehari sahaja.Kemudiannya ialah makan.Kita boleh bertahan daripada makan selama seminggu.Selain itu, tidur juga penting.Kita hanya boleh bertahan daripada tidur selama 3 hari.Tidur juga baik untuk kesihatan.Itu jelah yang Adib nak kongsi hari ni.

Kedatangan UPSR

Tak bukak blog agak lama.Sekarang baru Adib tahu blog ni penting walaupun Adib malas menulis. zzzzzz..... .Adib menulis blog ni pun sebab UPSR, Amjad tahun ni dia PMR, selain itu Adib gembira Awad dan Amjad dapat masuk MCKK.Ye lah, bukan senang nak masuk SBP tapi Awad dengan Amjad cakap UPSR senang.Tapi masalahnya, Adib tak kreatif dalam Bahasa Melayu.Saya lebih gembira jika keluarga saya tetap menyokong saya walau apapun.

Saturday, December 27, 2008

Makan

DSC_0075
Semua orang tahu bahawa makan adalah satu kepentingan.Makan adalah memasukkan sesuatu bahan makanan dan membekalkan kebaikan dalam makanan itu.Kita makan untuk membekalkan tenaga dalam badan kita.Selain memberi tenaga, makanan juga memberi kekuatan bagi organ dalaman dan luarn kita.

Kita juga patut menjaga pemakanan kita,sebenarnya Adib pun tak jaga pemakanan.Apa yang patut kit makan jangan kita lebihkan atau kurangkan.Kadang-kala jika kita tidak menjaga pemakanan kita, kita akan dijangkiti penyakit.Jika kita makan makanan yang rosak pun kita akan mendapat penyakit, malah lebih cepat.Satu penyakit yang saya tahu Gout akan berjangkit kepada orang yang makan makanan yang mengandungi protien dengan banyak, ini menybabkan kakinya bengkak.Semua orang tahu tak kenapa ada juga lemak dalam piramid makanan?Kenape takdekan terus lemak ni?Sebenarnya lemak ni penting untuk tenaga lebihan dan ketahanan suhu kita.Jika piramid makanan itu tunggang terbalik, kita mungkin akan terkena penyakit diabetes.Diabetes adalah penyakit tidak berjangkit yang amat merbahaya.Penyakit ini boleh membuatkan mata kita kabur dan akhirnya buta.Penyakit ini juga melambatkan proses penyambuhan pada kaki atau betis.Kadang-kala penyakit ini menghentikan penymbuhan.Jika luka tidak sembuh bahagian yang terluka itu terpaksa dipotong kerana kuman akan menyerap masuk melalui luka itu dan menyebabkan penyakit lain yang lebih teruk akan terjangkit.

Wednesday, November 19, 2008

Tahukah anda?

1. Tiga per empat dari bumi ini adalah air.
2. Belut elektrik mempunyai 340 voltan hingga 640 voltan elektrik yang terkandung dalam badannya.(kandungan elektrik belut ini mempunyai lebih banyak berbanding tenaga di rumah kita iaitu 240 voltan)
3. Mata seekor labah-labah ialah 19 kali lebih sensitif daripada manusia.
4. Telinga seorang kanak-kanak lebih sensitif berbanding seorang yang dewasa.
5. Landak adalah spesis tikus uang terbesar di dunia.
6. Manusia boleh hidup 6 hari tanpa makan.
7. Anaconda ialah spesis ular yang terpanjang di dunia.
8. Tumbuhan pisang adalah hanya tumbuhan bukannya pokok.
9. 97% haiwan di bumi ini tiada tulang belakang.
10. Mata seorang lelaki adalah 5mm lebih besar dari perempuan.
11. Mata manusia sangat sensitif,ia boleh melihat lilin yang menyala 1.6km dari jauh dalam gelap.
12. Belalang mempunyai telinga pada kakinya.
13. 70% daripada berat mamalia adalah air.
14. Manusia boleh membezakan 2000-4000 bau yang berbeza.