Monday, April 13, 2009

Daya

Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini.Kali adib nak citer pasal daya .Daya ada banyak seperti tarikan,tolakan dan sebagainya.Yang adib tau cuma tarikan,tolakan dan geseran sahaja.zzzzz....... .Tarikan adalah daya yang dapat mendekatkan kita dengan sesuatu objek.Tolakan pula adalah daya yang menjauhkan sesuatu.Jika diikutkan tolakan lebih mudah daripada tarikan.Geseran adalah daya yang boleh memberi kesan kepada objek yang bergerak.Geseran berlaku apabila satu permukan bersentuhan dengan permukaan yang lain.Geseran mempunyai kebaikan contohnya:
1.Dapat memegang sesuatu objek tanpa terlepas.
2.Dapat berjalan tanpa terjatuh.
3.Dapat menajamkan sesuatu yang tumpul seperti pisau.
4.Memperlahankan sesuatu yang bergerak dan sebagainya.

Geseran juga mempunyai keburukan contohnya:
1.Membuat bunyi yang bising.
2.Menghauskan tayar/kasut boleh mengundang bahaya.
3.Menipiskan sesuatu permukaan dan sebagainya.

Daya yang lain juga ada kebaikan dan keburukannya.Ek, lupa pulak tulis kesan daya.Kesan daya ada banyak contohnya:
1.Menggerakkan objek legap.
2.Menghentikan objek yang bergerak.
3.Mengubah bentuk objek dan sebagainya.

Itu jerlah apa adib nak tulis harap mohon maaf kalau ada salah sila.Sekian.

No comments: