Friday, August 15, 2008

Latihan Menulis Contoh Surat

16,Hala Tasek Timur 21,
Anjung Bercham Elit,
31400 Ipoh,
Perak.

15 Ogos 2008.

Ke hadapan kakanda Amjad yang kini belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar,harap kakanda sihat walafiat hendaknya.

Kakanda yang adinda ingati.

Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahwa sepupu kita akan belajar di kolej yang sama dengan kakanda.Ayahanda meminta adinda menulis surat kepada kakanda untuk meminta kakanda mencari sepupu itu.Adinda akan memberitahu tentang dirinya.

Sepupu yang akan belajar kolej yang sama dengan kakanda bernama Azman Aiman Bin Taufiq Aiman.Azman tidak memakai cermin mata dan Azman juga kurus.Azman aktif dalam sukan olahraga.Azman juga suka bermain alat muzik.Tentu Amzan selalu berada di bilik muzik.

Di samping itu,Azman selalu menyertai sukan seperti kriket,bola sepak,ragbi atau lain-lain lagi.Dia adalah di dalam persatuan Bulan Sabit Merah.Apabila tamat pelajaran sesi pagi,Dia selalu pergi ke perpustakaan untuk membaca buku.Dia memang selalu membaca buku tetapi tidaklah bijak sangat.

Selain itu,Azman belajar di tingkatan 1.Azman belajar di kelas 1 Sejahtera.Azman berehat di Dorm F.

Harap surat ini memudahkan kakanda mencari Azman.Ayah Azman juga ada memberi adinda gambar Azman.Harap kakanda dapat menjumpai Azman.Adinda dan keluarga disini sihat-sihat sahaja.

Sekian,Terima Kasih.

Adindamu:
Adib Husni